Monday, June 28, 2010

Sayur Lemak Pucuk Meranti

Ini bukan pucuk meranti spesis kayu kayan tu yer. Ada yang panggil pucuk ranti, meranti
sedikit info tentang sayur ini dari hasil google di blog ini : http://mzukzi.multiply.com/journal/item/9/Kenali_Ulam_Terung_Ranti_Belinjau_Sedap_Dimasak_Lemak


Terung ranti
Nama Saintifik: Solanum americanum Miller
Sinonim: Solanum nigrum L.
Famili: Solanceae
Nama lain: Terung perat

PUCUK atau daun muda terung ranti sudah lama dikenali sebagai sayuran, terutama di kalangan masyarakat desa di pesisir pantai yang bertanah gambut. Sayur ini biasanya dimasak lemak atau ditumis. Pucuknya dicelur dan dijadikan ramuan kerabu. Rasanya pahit sedikit dan tidak digemari sesetengah orang, terutama kanak-kanak.

Sayur yang dimakan ini dianggap ubat. Ada catatan menyatakan sayur ini berfungsi sebagai laksatif dan diuretik. Ada juga pendapat menyatakan ia sebagai afrodisiak. Buahnya dikatakan mengandungi racun.
Terung ranti adalah herba saka, dipercayai berasal dari Selatan Amerika dan tersebar hingga ke Asia Tenggara. Herba saka ini ditanam secara tanaman semusim, kadangkala ditemui tumbuh liar di sekitar tanah terbiar, terutama di sekitar tanah gambut yang baru dibuka. Batangnya lembut, bersegi, licin, bercabang banyak, merimbun dan mencapai ketinggian 60 hingga 90 sentimeter (sm). Daunnya pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakannya berbentuk ovat-lanseolat, tepi daun bergerigi kasar, 3 hingga 6 sm panjang dan 2 hingga 4 sm lebar, berwarna hijau muda. Infloresen berjambak pada batang atau ranting di pucuk. Pada satu jambak terdapat beberapa bunga kecil, 3 hingga 4 milimeter (mm) diameter, berwarna putih.

Buah beri, globos, 0.5 sm diameter, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keunguan apabila masak. Buah ini berjus hitam keunguan, berbiji banyak dan halus.
Sayur ini mengandungi khasiat yang tinggi. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan terung ranti mengandungi: Air 85 g, protein 4.7 g, lemak 0.5 g, karbohidrat 8.1 g, kalsium 210 mg, ferum 6.1 mg, karotena 1.9 mg, vitamin B1 0.14 mg dan vitamin C 40 mg.

Terung ranti mudah dibiakkan dengan cara biji benih. Biji benihnya boleh dipungut daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat yang teduh. Biji ini kemudian ditabur terus ke batas. Sebaiknya, biji ini digaul dalam pasir yang kering terlebih dulu sebelum ditabur. Sselepas 5 hingga 6 minggu sayur ini boleh tuai. Terung ranti boleh juga dibiakkan dengan cara keratan batang atau keratan pucuk berdaun. Keratan ini boleh ditanam terus ke batas atau disemai terlebih dulu ke dalam pasir. Selepas berakar dipindahkan ke batas.

Saya masak lemak biasa saja. Pekena plak dengan sambal belacan dan ikan kering.. resipi cam biasa jer just tumbukkan bawang merah dan ikan bilis jer dalam santan. Antara sayur kampung favourite saya. Kalau ke pasar mesti nak beli. Selain masak lemak saya suka celur jer jadi ulam atau campur buat kerabu. Nak tumis pun boleh. Rasanya sedikit pahit-pahit daunnya tapi sedap.

No comments: